Mengapa sepi??


Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.

Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat lahir anak-anak Dato' Haji Sidek jaguh badminton Negara Malaysia.

Kampong Endah merupakan penerima anugerah kampung contoh peringkat kebangsaan. Kampong Sungai Lang/Kancung di mana terdapat pelbagai perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi. Kampung Kelanang merupakan kampung nelayan yang indah dan Kampung Bandar Jugra menempatkan tinggalan sejarah kesultanan Selangor.

Namun persoalannya kini Pantai Morib masih dianggap sebagai pantai yang kotor. Ini adalah disebabkan Virus JE yang melanda negara satu masa dahulu. Kini pihak berwajib seperti Kementerian Perlancongan dan Majlis Daerah Kuala Langat telah manjalankan tanggungjawab mereka bagi mencantikkan dan menaikkan taraf pantai ini. jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita bagi manjaga keindahan pantai kita.. (^^,)

Perlukah kita menjaga bumi?? mestilah....



MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEMULA JADI
Apakah Alam Semula Jadi?

Apakah alam semula jadi? Alam semula jadi merupakan persekitaran yang telah terbentuk secara semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, sungai, gunung-ganang, pantai dan pulau. Alam semula jadi ini akan tercemar dan musnah jika tidak dipelihara dan dipulihara dengan baik. Perbuatan membuang sampah merata-rata juga menyumbang kepada pencemaran dan kemusnahan alam semula jadi.

Punca Pencemaran dan Kemusnahan Alam Semula Jadi
Selain membuang sampah merata-rata, terdapat punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran dan kemusnahan alam semula jadi. Antara puncanya ialah aktiviti penebangan pokok di hutan yang tidak terkawal. Walaupun penebangan pokok ini perlu untuk dijadikan kawasan petempatan, namun bilangannya haruslah dikurangkan. Jika kawasan hutan terus ditebang dan dibersihkan, pelbagai masalah akan timbul. Antaranya kurangnya sumber oksigen bagi makhluk bumi, hasil hutan berkurangan, bumi semakin panas dan juga terbantutnya ekonomi negara.. Fikirkan jika semua masalah ini berlaku... (,**)

apa yang perlu anda tahu? (^^,)

1. Definisi
Sumber semulajadi merupakan punca terdapatnya bahan-bahan yang terjadi dengan sendirinya, bukan buatan manusia. Bahan yang dibuat oleh manusia tidak dipanggil sumber semulajadi. Ia dipanggil sumber buatan. Sumber-sumber semulajadi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu;

  • Sumber Mineral
  • Sumber Hutan
  • Sumber Laut
2 Sumber Mineral
Sumber mineral adalah sumber yang terbentuk dari sebatian semulajadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di Malaysia. Sumber mineral yang penting adalah seperti berikut;

  • Petroleum
  • Gas Asli
  • Bijih Timah
  • Emas
2.1 Petroleum
Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi. Petroleum terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta tahun untuk membentuk. Petroleum digali di tengah laut dan juga digali di kawasan daratan di sesetengah tempat. Hasil tapisan petroleum ialah petrol, diesel, kerosin, tar dan lain-lain.



Gambarajah 1.
Salah satu syarikat yang mengeluarkan petrol untuk kenderaan


Gambarajah 2.
Diesel yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan



Gambarajah 3.
Kerosin digunakan sebagai bahan bakar kapal terbang


Gambarajah 4.
Pelantar petroleum


2.2 Bijih Timah
Bijih Timah dilombong di kawasan lombong bijih timah. tempat yang popular dengan bijih timah adalah Kinta dan Kuala Lumpur. malaysia memang terkenal dengan hasil bijih timah yang bermutu tinggi. Kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah adalah kapal korek dan mendulang. Bijih timah boleh digunakan untuk menyadur tin, membuat tin aluminium dan mematri alat-alat elektronik.


Gambarajah 5
Kaedah melombong bijih timah, mendulang



Gambarajah 6
Kaedah moden melombong bijih timah; kapal korek


2.3 Gas Asli
Gas asli merupakan sumber penting yang terdapat di perut bumi. Cara melombong gas asli adalah sama dengan cara melonbong petroleum. Gas asli digunakan untuk menjadi bahan bakar. Contoh: Gas untuk memasak

Gambarajah 7
Tabung gas

2.4 Emas
Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas sangat beharga dan mahal harganya. Emas digali di kawasan daratan seperti di Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas seperti cincin, rantai dan juga perhiasan-perhiasan lain.

Gambarajah 8
Batang emas


Gambarajah 9
Perhiasan yang diperbuat daripada emas

3. Sumber Laut
Malaysia terkenal dengan laut yang biru dan terkenal dengan hasil lautnya. Laut China Selatan seluas 531.1 km persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura. Sumber laut dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu;

  • Makanan
  • Pelancongan
  • Kemudahan Harian
3.1 Makanan
Rakyat Malaysia telah dianugerahkan dengan dengan bermacam-macam sumber makanan laut. Sumber makanan ini telah menjadi punca rezeki untuk segelintir masyarakat Malaysia yang menjadi nelayan. Industri ini telah menjadi antara penyumbang ekonomi Malaysia, antaranya Malaysia mengeksport hasil laut ke Singapura.



Gambarajah 10
Hasil tangkapan laut para nelayan

Gambarajah 11
Antara produk hasil laut



3.2 Perlancongan

Perlancongan adalah antara penyumbang ekonomi utama Malaysia sekarang. Malaysia bertuah kerana memiliki antara pulau-pulau yang tercantik di dunia dan berjaya menarik ribuan pelancong asing dari luar dan dalam negeri. Antara pusat perlancongan yang terkenal di dunia iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Redang.


Gambarajah 12
Keindahan tempat pelancongan di Malaysia



Gambarajah 13
Aktiviti skuba diving yang menjadi tarikan pelancong



3.3 Kemudahan Harian
Seperti yang kita tahu, air merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa air banyak perkara yang tak dapat kita lakukan contohnya tidak dapat memasak, membasuh dan lain-lain.

Gambarajah 14
Penggunaan air paip harian







4. Sumber Hutan
Hutan di Malaysia merupakan hutan jenis hutan hujan khatulistiwa (Tropika) dan dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 % peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.4 % (20.36 Hektar) daripada jumlah kawasan keseluruhanya. Disamping kaya dengan Flora dan Faunaya, hutan di Malaysia menyediakan sumber- sumber yang lain. Sumber-sumber tersebut adalah :

  • Perabut dan Kraftangan
  • Makanan
  • Rempah- ratus
Gambarajah 15
Hutan Hujan Khatulistiwa



Gambarajah 16
Hasil Balak



4.1 Perabut dan Kraftangan
Banyaka produk-produk perabut dan kraftangan yang dapat dihasilkan daripada hasil hutan di neegara kita. Ianya bukan sahaja cantik, malah berkualiti tinggi, kayu- kayu seperti jati, cengal , dan meranti merupakan kayu yang mempunyai pasaran yang tinggi.


Gambarajah 17
Produk daripada hasil hutan

4.2 Makanan
Pada zaman dahulu, manusia mencari sumber makanan di merata-rata tempat.salah satu tempatnya adalah hutan. Hutan di Malaysia menyediakan pelbagai jenis makanan seperti buah-buahan, ulam-ulaman , haiwan-haiwan dan sebagainya.


Gambarajah 18
Ulam-ulaman


4.3 Rempah ratus
Dahulu, Tanah Melayu dijajah oleh barat. Barat mengkehendaki Tanah Melayu kerana kawasan pelabuhan yang strategik. selain itu, barat amat tertarik dengan hasil buminya. Salah satu hasil bumi atau hutan yang amat berharga ialah rempah ratus. Rempah ratus amat berguna dalam menyedapkan rasa makanan, mamanaskan badan dan juga bau yang dapat menenangkan fikiran.

Gambarajah 19
Rempah ratus di Malaysia




OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat menyenaraikan sumber-sumber semulajadi yang terdapat di Malaysia.
2. Pelajar dapat menyenaraikan produk/hasil daripada sumber-sumber yang terdapat di Malaysia.
 
TNB | Distributed by Deluxe Templates