Mengapa sepi??


Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar Klang, Banting, Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.

Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat lahir anak-anak Dato' Haji Sidek jaguh badminton Negara Malaysia.

Kampong Endah merupakan penerima anugerah kampung contoh peringkat kebangsaan. Kampong Sungai Lang/Kancung di mana terdapat pelbagai perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi. Kampung Kelanang merupakan kampung nelayan yang indah dan Kampung Bandar Jugra menempatkan tinggalan sejarah kesultanan Selangor.

Namun persoalannya kini Pantai Morib masih dianggap sebagai pantai yang kotor. Ini adalah disebabkan Virus JE yang melanda negara satu masa dahulu. Kini pihak berwajib seperti Kementerian Perlancongan dan Majlis Daerah Kuala Langat telah manjalankan tanggungjawab mereka bagi mencantikkan dan menaikkan taraf pantai ini. jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita bagi manjaga keindahan pantai kita.. (^^,)

No comments:

Post a Comment

 
TNB | Distributed by Deluxe Templates